Sunday 25 December 2011

Help others that in need~

Assalamualaikum ... ari ni Cik Za nak share something ... tadi terbaca satu post kat nuffnang..

Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam ,
dengan kemudahan yang lengkap untuk menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi  yatim piatu atau dari keluarga yang memerlukan menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau dari keluarga yang memerlukan. Rumah ini mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai umurKanak-kanak ini disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Mudah saja misi mereka - memberi yang terbaik kepada anak-anakseperti ibu bapa lain untuk anak-anak merekaTerharunya saya....huhu.....touching dow!!!! sila klik link di bawah ini....untuk lebih lanjut berkenaan maklumat untuk menyalurkan bantuan amal kepada Rumah Aman...


Membelanjakan harta ke jalan Allah S.W.T merupakan salah satu ciri utama mukmin sejati. Fisabilillah~
Marilah kita menginfakkan harta ke jalan yang diredhai Allah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Membantu golongan yang memerlukan dengan ikhlas. 


Dalam Surah Al-Hadid Ayat 7,



Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan infaqkanlah sebagian harta yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan berinfaq, bagi mereka itu ada ganjaran yang besar.


*kalau salah, sila perbetulkan saya..

Jadi, saya berdoa semoga kita semua mendapat kekuatan dan kemampuan untuk mengeluarkan sedekah dan zakat secara tulus iklhas...Sekecil manapun bantuan tetapi penuh keikhlasan adalah cukup untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah S.W.T..InsyaAllah..

Dalam Surah al-Baqarah Ayat 265, 

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."

My vision as future-to-be teacher is for all children especially from poor family to be educated....May be this is the way for me to help those who are in need...InsyaAllah. =)

Monday 12 December 2011

Poring Hot Springs, Ranau

Assalamualaikum...Cik Za is coming!!! hehhehhe
Our next destination is Poring Hot Springs, Ranau. Wow!! We’re so excited…hehhe =)
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:

· Canopy walk
· Taman Rama-rama
· Tropical Garden
· Orchid Center
· Mandi kolam air panas
· Mandi air tejun (Kipungit Waterfall)

Boleh la bawak family jalan-jalan ke sini pada musim cuti sekolah mahupun hujung minggu…bayaran masuk ada kot …lupe plak…hehehe…pergi dulu…baru tau berapa harganya….memang berpatutan dan sesuai untuk tempat beriadah bersama keluarga. Pada masa kami pergi ke sini, memang ramai orang…ada yang bawak keluarga…couples lover…kawan-kawan…huhu =) ramai sangat…memang meriah…

Kami memulakan aktiviti ‘canopy walk’. Aktiviti ni sangat mencabar dan lasak. Kena masuk hutan dan naik bukit. Perjalanan agak berliku. Hhehehe…wrong time pulak…saya tak sangka perjalanan macam ni sebab saya tak pakai sneakers..I WORE HEELS…OMG!!! Sakit la kaki naik bukit ni….
Sebelum masuk, kami perlu bayar dulu dan tulis nama. Kamera pun kena bayar jugak…huhuhu…Tapi tak ingat la berapa bayaran yang dikenakan…ada bayaran untuk kamera digital, kamera handphone dan ape lagi ye??hmmm lupe pulak…


Sepanjang perjalanan, kita dapat lihat alam semulajadi yang sangat indah dan mendamaikan ..Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..Indahnya alam ciptaan Tuhan..



Ok, then…kami meneruskan perjalanan…


Kami naik  ke jambatan gantung pulak…agak panjang dan jauh serta mempunyai beberapa stesen untuk berhenti. 







Kami berhenti di setiap stesen dan menikmati alam sekeliling yang cukup indah dan harmoni.
Aktiviti ‘canopy walk’ yang agak meletihkan tapi amat menyeronokkan…





Kepada para pencinta alam, meh la mai sini, pakat ramai-ramai ngan adik kakak n suku sakat, menikmati alam hijau di Poring Hot Springs ni…
Selain ‘canopy walk’, anda boleh juga melawat Taman Rama-rama, Tropical Garden dan Orchid Garden. Semua tempat ini ada di dalam Poring Hot Springs, Ranau.

Lepas ni nak pegi Kipungit Waterfall~



Monday 5 December 2011

If u a musafir~on ride~on trip~

Assalamualaikum

Apabila seseorang atau anda sendiri ingin bermusafir....contohnya, kita dalam perjalanan lebih daripada dua marhalah maka disunatkan bagi kita untuk melakukan solat sunat dua rakaat kerana musafir. Perkara sunat yang kita lakukan insyaAllah akan beroleh pahala...=)

Solat sunat musafir

Lafaz niatnya:

"Sahaja aku solat dua rakaat sunat untuk bermusafir kerana Allah Taala"

Bacaan selepas Al-fatihah ialah mana-mana surah yang anda mahu...

p/s: kalau silap, sila betulkan ana....=)

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers