Monday 27 February 2012

Travelog Perjalanan Mencari Erti Kasih Sayang

Pada suatu hari, berlaku di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR:Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih yang rumput PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."

****** 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.



CIKGU:Ya itulah jawapannya bagi soalan tadi.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....
Hargai dan jangan persiakan 'rumput yang cantik tu'....

Niat ikhlas~bukan untuk dipermain~

Thanx penulis asal cerita ini =)

Travelog Seorang Pemuda Hehehe~


Ada satu kisah......hujan lebat pulak tu....
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk. 
” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah , ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. "
++++++
Cik Za rasa korang yang baca ni...mesti dah pikir lain kan??? hahhahaha 

Monday 20 February 2012

''Bergeraklah'' kata Incik Penulis Sahaja ni



Cuba bayangkan. Atau cuba letak kau dalam satu situasi ni. Kau dan dia sudah berpisah hampir setahun. Okay, nak lebih dasyat, hampir lima tahun (untuk menambah perisa). Jadi kau tekanan lain macam semasa dia nak kau jauh darinya. Dalam erti kata lain, dia lafaz dan pilih untuk berpisah. Jadi kau pun hiduplah dalam tekanan. Berbulan-bulan.

Sampai satu masa, kau tersedar. Yang dunia ni masih banyak ruang yang belum kau teroka. Jadi, kau tanam azam baru. Untuk maju. Untuk tinggalkan memori lama. Bagi kau, memori ialah sesuatu yang untuk dikenang ceritanya. Bukan untuk hidup di dalamnya.

Jadi, kau pun ambil langkah untuk memlayari dunia sementara ni. Banyak benda kau berjaya habiskan. Kau senyum. Sampai satu masa, ada seorang insan yang sangat sempurna datang dalam hidup kau. Dia datang, dia luang masa dengan kau. Kau rasa inilah saatnya. Keputusan yang kau ambil dulu untuk kembali hidup, berbaloi. Namun berbaloi kah?

Saat malam, kau selak-selak buku di rak buku, nah! Terjatuh satu keping gambar yang bertarikh beberapa bulan lepas. Di mana dalam gambar itu, kau dan bekas kekasih kau senyum. Sempurna. Gembira. Senyuman terukir secara automatik di bibir. Jantung kemudiannya mengepam dengan tempo yang lebih perlahan. Ahh! Rindunya dia!

Kau mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan perjalanan dengan si dia yang baru singgah. Dengan alasan yang kau rasa paling musibat, kau tak mahu sakiti hati dia. Jadi kau teruskan lagi perjalanan kau. Satu demi satu langkah kau tapakkan. Satu demi satu jiwa singgah. Satu demi satu jiwa kau tinggalkan. Alasannya masih sama, kau tak mahu sakiti hati mereka.

Kau bingung. Apa yang kau mahukan dalam dunia ni sebenarnya. Dah pelbagai jenis manusia datang singgah. Cuba nasib. Ketuk pintu hati. Tapi di mana kau simpan kuncinya?

"Kuncinya ada pada dia. Pergi mintak." Kau jelaskan pada mereka. Sebenar-benarnya, kau hanya menipu dengan diri sendiri. 

Kau sebenarnya takut untuk begerak terus dari mimpi-mimpi kisah lampau kau. Kerana kau takut. Saat kau mula cipta kehidupan baru, nah! Dia datang cari kau. Dia datang kembali. Saat kau tak tunggu. Nah! Jiwa dia, dia bagi kepada kau untuk jaga. Masa tu, kau hanya ada dua pilihan. Kau sakiti dia, atau kau sakiti satu lagi. Jadi, kau takut untuk terima sesiapa kerana kau takut untuk menyakiti.

Walaupun sakit itu, kau pernah rasa berbulan lamanya.

Jadi datang satu jasad menghampiri kau. Kau terkasima. Dia cuit bahu kau. Kau tersentak dari lamunan dan bisik ke telinga kau,

"Dengar sini. Kau dan dia, memang Tuhan dah aturkan untuk bercinta dan mencipta memori. Tapi ingat, mungkin juga Tuhan dah aturkan yang kau, dan dia untuk tidak bersama selamanya. Cinta selamanya kau akan muncul. Jadi berilah peluang. Atau kau kena tunggu lebih lama lagi? Kerana saat dia datang, selisih bahu dengan kau, tapi masih berlagak sombong. Kononnya cuba tidak hidup dalam memori, tapi memori itu menghidupkan kau serupa celaka. Bergeraklah."

Errr, jadi dalam situasi ini, apa kau rasa?


view this blog..best...

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers