Friday 29 June 2012

Lain orang lain ragam

Assalamualaikum

Cik Za nak citer sikit pasal ragam orang ni...
Rambut sama hitam tapi hati lain-lain
Setiap manusia ada sikap tertentu dan berbeza
Baik, sopan, peramah, mesra, pemurah
Jahat, pemarah, cepat cemburu, iri hati



TAPI

saya nak ingatkan di sini bahawa janganlah kita menilai seseorang itu hanya daripada luaran sahaja...kita tidak tahu kenapa dia bersikap dan bertindak sedemikian...jangan mudah salah sangka..berfikiran rasional adalah lebih baik...mungkin ada sebab kenapa dia bersikap begitu...

Kadang-kadang kawan kita melakukan sesuatu yang menyakiti hati kita secara tidak langsung...(*eleh dia ni annoying la >> contoh k!!!) kawan kita tu tadi sebenarnya tidak sedar yang perbuatannya itu telah menyinggung perasaan kita....

FIKIR SEJENAK



Kenapa kawan kita bertindak macam tu?????mungkin ada sebab lain...janganlah disebabkan tindakan kawan kita yang menyakitkan hati itu, kita terus JUDGE dia macam2....ADA SEBAB kenapa mengapa bagaimana keadaan itu terjadi...

KITA manusia biasa...KITA tak dapat puaskan hati semua orang...

Walau apapun terjadi, KITA kenalah redha...semua manusia buat silap...mana tau sebelum ni pun, KITA pun pernah sakitkan hati kawan kita tanpa kita sedar...

Berikanlah kemaafan kepada sesiapa yang menyinggung perasaan anda...sedangkan nabi ampunkan umat...
Kalau saya marah pada seseorang, saya akan COOLkan diri saya dan fikir balik...kadang-kadang saya pun pernah buat macam ni....stop blaming others and try to improve ourself to be a better person
Kita manusia sememangnya tidak terlepas daripada kemarahan, kejelesan, salah sangka
tapi kita kena cuba toleransi dengan situasi dan masalah yang terjadi
sentiasa optimis dan jangan pesimis




KESIMPULANNYA

LAIN ORANG LAIN RAGAM
KITA KENALAH FLEKSIBEL DAN CUBA SESUAIKAN DIRI DENGAN SITUASI TERSEBUT
BUAT REFLEKSI DAN FLASHBACK
MUHASABAH DIRI
KITA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA
SENTIASA BUAT SILAP
KITA BUKAN NABI YANG MEMPUNYAI SIFAT MAKSUM!!
TAPI CUBA HIJRAHKAN DIRI ANDA KE ARAH YANG LEBIH BAIK =)






Sunday 17 June 2012

Hadiah untuk Ayah

Assalamualaikum ... korang semua dah wish tak kat ayah korang....SELAMAT HARI BAPA!!!yang belum tu, jangan lupa wish tau

Hari ni 17/6/2012 adalah Hari Bapa....tapi bagi saya setiap hari adalah hari bapa...setiap hari kita perlu hormat dan hargai bapa kita...

klik


Bapa kandung kita cuma ada seorang sahaja dan takkan ada galang gantinya lagi..Apabila dia pergi tinggalkan kita dan kembali kepada-Nya, menangis air mata darah sekalipun..kita takkan dapat kembalikan dia..So,kawan2 raikanlah Hari Bapa bersama bapa korang masing-masing..Bagi sesiapa yang tak dapat bersama tu disebabkan berjauhan, wish via ur phone or u can video call ur father...mascapada....pada masa kini...yang serba canggih..skrang ada ipad...tablet...bla...bla...bla....alaf baru...zaman siber la katakan...

klik


Bagi yang masih mempunyai bapa..anda seharusnya bersyukur..(*dunia sekarang.....ada bayi yang lahir tak berbapa..nikmat kasih sayang seorang bapa mereka tak dapat rasai..alangkah sedih hidup bayi tersebut)

Terdapat juga sesetengah insan yang ada bapa tapi tak menghargai bapa mereka dan mensia-siakan nikmat kasih sayang seorang bapa...wallahualam...everybody got their own reason~


*Tahun ni saya nak bagi ayah saya....??hmm tengah pikir hadiah apa nak bagi???

klik

Ayah saya seorang lelaki yang baik..sentiasa ada di sisi apabila saya memerlukan dia...bila saya perlukan duit..ayah saya bagi duit hahhaha.....*Materialistik betul la Cik Za ni....jangan salah faham...tapi jangan hipokrit la..korang pun mintak duit ngan ayah korang....huh!
Ok2  dah la tu...

Waktu Cik Za sekolah rendah, mak ngan ayah Cik Za hantar sampai depan pintu kelas..
*huh!manja betul Cik Za ni....tapi jangan la salah gunakan kemanjaan dan kasih sayang yang melimpah ruah tu...jangan pijak kepala mak bapak korang semua...belajar rajin2...kerja  n kenang jasa mak bapak korang...OK!


klik


Ayah hantar ke sekolah ayah pick me up from school...huhu rindu saat2 tu...kalau la dapat ulang balik zaman kanak-kanak kan?hehe
Ayah saya sentiasa beri motivasi dan sokongan moral untuk saya belajar bersungguh2...ayah saya sentiasa memujuk saya tika saya bersedih...ayah saya sentiasa menegur jika saya ada buat silap...ayah saya sentiasa berkongsi cerita dengan saya....ayah saya sentiasa menasihati saya...ayah saya sentiasa melayan karenah anak bongsu dia ni yang agak nakal dan manja..hehe =)
Ayah marah sebab dia sayang...dia tak nak anak dia membesar menjadi seorang anak yang tidak berguna...marah seorang ayah itu ada makna nya...jangan ambil hati tau...=)


Tapi..............................................
itu dulu



sekarang ayah tiada di sisi Cik Za
tiada hilai tawanya...tiada suaranya..jasadnya tiada lagi di dunia ini
ayah cuma ada di dalam hati dan memori Cik Za

Betapa Cik Za merindui kasih sayang dan belaian arwah ayah Cik Za..Selamat Hari Bapa,ayah!
hadiah hari bapa untuk arwah ayah yang paling indah dan mulia...HADIAH UNTUK AYAH *Al-fatihah dan bacaan yassin untuk ayah..titipan doa untuk ayah...penyambung kasih sayang antara kita di dunia yang berlainan..semoga ayah ditempatkan bersama golongan yang soleh..cucurilah rahmat ke atas roh ayahku di alam sana..


klik



*pagi tadi bersama ibu dan abang....menziarah pusara ayah..bacaan yassin menambahkan sebak di dada...semoga ayah tenang di sana <3 <3 <3 <3 <3

klik

Miss my dad...love u very much ayah!

klik


sayang mak n ayah <3
Thanx to Mr.Google for the photos

Wednesday 13 June 2012

Hari Bahagia Sahabat Saya

Assalamualaikum ari ni Cik Za nak share about one of my best friend's wedding...
Saya tumpang gembira untuk kawan saya tu...kedua-dua pengantin tu sama batch tahun kelahiran saya...1988 hmmm Cik Za bila pulak? *hehe*
Pihak sebelah perempuan Cik Za kenal dan pihak sebelah lelaki pun Cik Za kenal...tapi Cik Za lebih kepada pihak perempuan sebab pengantin perempuan is one of my former classmate since primary school n one of my bestie =) ngeeee~

Jumaat bersamaan 01 Jun 2012 (11 Rejab 1433 H)

Pada hari ini, usai solat zohor saya pergi ke rumah sahabat saya. Hari ini adalah hari pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya. Syukur alhamdulillah sahabat baik saya sudah bertemu dengan seorang jejaka yang dicintainya.

Sementara menunggu rombongan pengantin lelaki, kami bergambar dahulu 
(*haruslah ambik gambar kan...hehe)

Two of my bestie <3



Jurumekap *boleh cari dia di facebook*


Last touch up



Pengantin perempuan menanti dengan penuh debar..yang terlebih debarnya Cik Za 
(*hahahahhahaha tak la...cuma bercanda saja)


Seri seorang pengantin =)


Sepatu si permaisuri raja sehari


Si gadis sempat lagi text si jejaka pilihan hati hehe

Lebih kurang pukul 2:30 petang, rombongan pihak lelaki tiba membawa dulang hantaran (*seingat aku 12 dulang agaknya dari pihak lelaki dan dari pihak perempuan hehe Cik Za lupa nak kira)






*Semua di atas = Antara barang hantaran dari pihak perempuan 


Cincin untuk si suami 
 Cantik kan?

Antara barang hantaran dari pihak lelaki

Terlebih dahulu sesi pertunangan...kedua-dua pihak hmm...mungkin sedang melaksanakan sesi tersebut..Cik Za tak berapa dengar butir percakapan mereka kerana berada agak jauh dari mereka.




Seusai sesi tersebut, seorang ustaz memberi tazkirah kepada kedua-dua pengantin sebelum mereka dinikahkan. Mereka diijabkabulkan oleh seorang ustaz (*Cik Za tak ingat nak tanya nama dia hehe) dan diwalikan oleh bapa sahabat saya sendiri. Alhamdulillah syukur, dengan sekali lafaz sahaja sahabat saya selamat menjadi seorang isteri.

Sabtu bersamaan 02 Jun 2012 (12 Rejab 1433 H)


Majlis hari Sabtu bermula pukul 9 pagi. Pengantin perempuan menanti pengantin lelaki datang menjemputnya ke rumah pihak lelaki..*dedicate this song "yakinlah aku menjemputmu" lalallalalla~ *hmm Incik Ninja suka lagu ni*



Rombongan pihak lelaki tiba pada jam kira-kira 10 pagi. Mereka bersanding di atas pelamin nan indah sebagai raja sehari..



Antara teman rapat yang hadir =)




Hmm x cukup korum ni***


Bermulalah kehidupan sahabat saya dengan gelaran seorang isteri, syukur kerana sahabat saya telah menemui jejaka pilihannya sendiri. Saya juga seakan tidak percaya sahabat saya sudah melangkah ke gerbang perkahwinan. Rasa macam baru semalam meredah hujan lebat dan panas mentari, kami sama-sama berjalan kaki ke sekolah, bercerita, pergi kelas tambahan, bergurau senda, bermain bola jaring, kadang-kadang berbual senyap-senyap semasa kelas matematik Cikgu Rozita..hehe..banyak kenangan lucu, manis, pahit, masam hahha semuanya seperti baru sahaja berlalu...seperti baru sahaja meninggalkan alam persekolahan...

Ya Allah, saya benar-benar bersyukur bagi pihak sahabat baik saya, Cik Za  doakan semoga mereka berdua melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan, kesabaran dan kecekalan, semoga tali perhubungan suami isteri diikat sehingga ke akhir hayat.
*bergenang air mata gembira untuk sahabat saya..Tahniah sahabatku!!! (bermonolog sendirian ketika itu)

*actually, banyak foto nak upload...cukup2 la yang ni...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ see u in da next post 

xoxoxoxoxo

*************







Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers