Wednesday, 19 June 2013

kadang atas kadang bawah

Assalamualaikum...dah lama saya tak update blog kan...terima kasih kepada pengunjung blog saya jika ada hihi

Hari ini saya terpanggil untuk menulis sesuatu di blog saya

tajuk entri saya KADANG ATAS KADANG BAWAH....kenapa begitu ya?kalau anda lihat roda bergerak...dan cuba kita letak diri kita berdiri atas roda itu,bila roda berputar, kita tak akan selalu berada di atas...kita akan  ke bawah..dan kemudian kita di atas...begitulah seterusnya...berputar sepanjang masa dan berhenti bila ajal menjemput kita....
begitulah apa dilalui setiap manusia di dunia ini..kita tidak akan lari dari masa susah dan masa senang...tidak akan lari masa duka dan masa suka...tidak akan lari dari onak dan duri kehidupan...
sebagai manusia di bumi Allah ini, kita akan sentiasa diuji oleh Allah bukan untuk merendahkan keyakinan diri kita, ujian Allah untuk hambaNya, bukan untuk tujuan suka-suka, Allah tahu hambaNya mampu menjalani ujian itu, maka Dia turunkan ujian itu. Allah Maha Mengetahui. Kita sebagai hambaNya, terimalah seadanya dan lalui dengan bijaksana bukan lalui dengan cara yang salah, tujuannya??masih kabur??tujuannya adalah untuk menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa, berserah kepadaNya, sentiasa ingat padaNya, bermohon  kepadaNya, menjadikan hambaNya seorang yang lebih tabah lebih berkeyakinan lebih berani dalam menghadapi arus cabaran dunia ini..menjadikan hambaNya seorang bijak dan pandai menguruskan masalah...kita yang menghadapi ujian Allah ini harus bertindak profesional...bukan bertindak melulu...membabi buta tuli...jika melibatkan hubungan antara manusia, adalah lebih baik dibincangkan secara damai dan bukan dengan kekerasan..

Allah Maha Mengetahui Allah Maha Adil

sama-sama kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku..akal diberi Allah untuk berfikir, perasaan diberi Allah untuk kita merasa suka, duka, sedih, gembira, pilu, ceria dan apa-apa yang seiring dengannya..
bertindaklah mengikut akal yang waras dan perasaan yang terkawal...insyaAllah semua masalah akan dapat diatasi..tidak kira dalam masalah apa jua sekalipun...

saya sendiri juga hamba yang lemah dan tidak akan terkecuali daripada melakukan kesilapan..entri ini sekadar untuk mengingatkan diri dan memberi nasihat kepada orang lain...apabila kita menasihat orang lain, bukan bermakna kita hendak menunjuk kita sentiasa betul dan benar, tetapi kata-kata nasihat itu, menjadi panduan untuk diri kita juga, untuk menjadi batasan kepada kita..kadang saya lupa, kadang awak lupa, kadang kita lupa..insyaAllah kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain.

sekian dulu untuk hari ini...
wasalam

Saturday, 19 January 2013

Suami Oooppss =O

Assalamualaikum semua.... 

oooppssss hehe topik gedikss ckit....seorang sahabat post psl ni kt facebook =) 

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..."

oleh -Imam Al-Ghazali-
 
Cik LK tlg share je hehe

Wednesday, 9 January 2013

Muhasabah diri



Assalamualaikum semua

Sudah lama aku tidak mengintai laman blog ku ini...hampir dua bulan ditinggalkan...dah berhabuk...sepi tanpa penulisnya...sepi tanpa ada cerita baru...maafkan aku wahai blog..

Hari ini aku tergerak hati mahu menulis sesuatu untuk blogku ini...Apa khabar Mr. Blog?
Mr.Blog tempat aku menulis segala apa yang aku mahu sampaikan..harap Mr.Blog sihat walafiat hendaknya

Sepanjang dua bulan aku menyepikan diri..ada banyak perkara yang aku belajar...sesetengah kata-kata di bawah ini,aku peroleh dari PakarDiariHati;
Ada perkara yang kita tak mahu terjadi, tetapi harus menerima.
Ada perkara yang kita tak mahu tahu, tetapi harus belajar.
Ada perkara yang kita tak mampu kehilangan, tetapi harus melepaskan.
Ada perkara yang kita tak dapat puaskan hati semua orang, tapi kita harus berdoa supaya dilembutkan hati semua orang.
Ada banyak perkara yang kita mahu lakukan tapi kita harus buat setakat yang termampu
Ada perkara yang wajib kita lakukan tetapi kita kadang kala LALAI.

Lumrah kehidupan seorang manusia.....kan?
So, jom sama-sama kita muhasabah diri mulai sekarang
Ok....sampai sini saja dulu....daaaaa...

Sincerely from Cik LK

Sunday, 4 November 2012

Blog walking ~ chatting~

Assalamualaikum...
Cik LK -
1.Blogwalking di suatu petang yang indah....
2.Chatting ngn si dia hikhikhik


Suddenly.... <msj ringtone bunyi><lagu ost 7 ramadhan>


*ye ke ulangkaji ni??




Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers