Saturday, 3 March 2012

Travelog Cinta Aku dan Kamu

Assalamualaikum
Cik Za nak share something..satu kisah yang mungkin berkaitan dengan yang masih hidup ataupun telah tiada

Kita akan terkenang sesuatu itu bila kita kesunyian....begitulah travelog antara aku dan kamu..
Bibit-bibit kenangan itu datang secara tiba-tiba. Ramai yang memberi nasihat "Kamu boleh lupakan dia'' tapi tidak semudah itu. Senang untuk berkata begitu tapi yang melaluinya adalah diri sendiri. SUKAR. ya itulah perkataan yang sesuai untuk diungkapkan. Perasaan sayang itu masih ada pada seseorang yang pernah singgah di hati kita. Itu mungkin boleh dikatakan kesetiaan tahap gaban, kan? haha.. Semua orang yang berada di sekeliling mudah menuturkan kata semangat. Ya terima kasih di atas kata-kata semangat itu. Syukran.

Masihkah kamu ingat? (chewaaah macam lagu pulak)
Saat pertama kali kita bersua muka...jantung saya dup dap dup dap...hahhaa....perkenalan yang hanya bermula di laman maya...bermula perkenalan sebagai sahabat di alam maya..bertemu di sebuah keramaian...pertemuan pertama "kamu" dan "aku"...dua jasad dan roh yang berjumpa di tengah ramai..masing-masing malu untuk menuturkan kata...hanya sepatah dua kata..ok la for the 1st impression..

Pertemuan seterusnya..kisah bermula di sini...aura kasih dan cinta itu mula tersebar..suka tulis note untuk awak..setiap pertemuan "aku" dan "kamu" saya titipkan di dalam sebuah nota..agar bisa diingati dan dikenang..Only u can put smile on my face...only u can make my heart beats fast..saya simpan hati saya untuk awak..



Seperti biasa...bunga asmara akan menjadi layu...makanan yang hangat akan menjadi sejuk...sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula pasangan yang tengah bercinta..bak kata orang  ombak dan badai yang melanda akan meneguhkan lagi sesuatu perhubungan JIKA bisa ditangani dengan baik..tolak ansur itulah yang paling penting..jgn terburu-buru membuat keputusan kerna ia akan membuat "kamu" dan "aku" menyesal seumur hidup.. jangan biar perkara ini terjadi kepada anda.. Cik Za take note, k!

"Kamu" dan "aku" masih berhubung..hati "aku" masih menyimpan satu harapan bahawa satu hari nanti ada jodoh antara kita..Walaupun ada yang mengatakan bahawa tindakan "aku" dan "kamu" menjadi sahabat adalah salah dan tidak wajar..."aku" tetap juga berhubung dengan "kamu" kerna aku masih percaya bahawa selagi Allah tidak membuka pintu hati "aku" untuk orang lain dan mengubah perasaan "aku" pada "kamu", maka tidak salah sekiranya "aku" dan "kamu" berkawan..

Pada suatu hari, ada orang lain yang datang mengetuk pintu rumah "aku" tapi " aku" menidakkan kehadiran orang itu dan biarkan ia berlalu pulang ke rumah nya..sungguh beruntung orang yang bernama "kamu" kata orang yang mengetuk pintu itu...kenapa?? kerana orang yang bernama "aku" tidak dapat memberikan hatinya pada orang lain..di hati si "aku" ada nama si "kamu"..


Kisah "aku" pada hari biasa..setiap kali "aku" pergi ke sesuatu tempat.."aku" akan merasa "kamu" ada di sisi "aku"..jadi "aku" akan membelikan "kamu" sesuatu walaupun realitinya "kamu" tidak ada di sisi "aku".."Aku" belikan tasbih buat "kamu"..bertasbihlah dan berzikirlah mengingat Allah..setiap butir tasbih yang dipegang ibarat "kamu" memegang hati "aku~ kasih "aku" dan sayang "aku" pada "kamu"..macam Ketika Cinta Bertasbih  pulak kan? hahha~ Bisikan doa saya untuk awak dalam setiap butiran tasbih itu..



"Setiap detik kenangan "aku" dan "kamu" bukan saja tersimpan di dalam diari hidup "aku" tapi juga tersemat di dalam hati comel "aku".. kita ingin seseorang itu menjadi milik kita tetapi sekiranya Allah tidak mengkehendaki perkara itu berlaku...maka orang itu bukanlah milik kita...mungkin ada yang lebih baik..maka berserahlah pada Allah..berkasih biar satu berkawan biar ramai..Namun, "aku" saban malam mendoakan agar kasih "kamu" dan "aku" bersatu..sekiranya sudah tertulis di loh mahfuz, "kamu" dan "aku" bersatu, "aku" sujud syukur..berterima kasih kepada Allah kerna menyatukan "aku" dan "kamu"..sekiranya tidak, "aku" hambaNya hanya mampu meredhakan kepergian "kamu" dari hidup "aku".



Selagi Allah masih menganugerahkan rasa cinta dan sayang "aku" pada "kamu"...selama itu "aku" masih bertahan dan mendoakan kamu dari kejauhan..sungguh hebat percaturan hidup "aku" yang telah Allah tentukan.."aku" percaya Allah tidak akan menguji hambaNya jika tidak mampu..
Selagi Allah mengizinkan...selagi Allah memberi rasa itu pada "aku"...."aku" akan sentiasa menyayangi "kamu"..

Jangan terlalu taksub dengan cinta kerna cinta pada Allah itu paling agung..

Tu je la kisah travelog cinta antara si "aku" dan si "kamu"..hmm...Cik Za doakan "aku" dan "kamu" ada jodoh dan berbahagia hingga akhir hayat =)

Travelog wit Cik Za

Thursday, 1 March 2012

Travelog MISI : Pengisian Hati yang Hilang

Aku merasa ada yang hilang tanpa tahu apa yang sudah aku temukan 
aku merasa menemukan tanpa tahu apa yang aku cari
dan aku seperti masih mencari tanpa tahu apa yang sudah hilang

Cik Za: Ya Allah berikanlah aku petunjuk....

Seseorang yang kita fikir adalah milik kita
Ternyata bukan benar-benar milik kita 
Kita memiliki hatinya tubuhnya dan cintanya
tapi kita tidak akan pernah memiliki jalan hidupnya

Cik Za: Kerna jalan hidupnya adalah milikMu Ya Allah....

Setiap manusia memiliki ruang kosong di hatinya
Ketika seseorang datang dan kita berfikir dia mengisi ruang kosong itu
Sebenarnya dia hanya berdiri di depan pintu dan menyamarkan ruang kosong itu
Ruang kosong di hati kita tetap ada dan tidak akan pernah benar-benar terisi 

Cik Za: Maka isilah ruang kosong itu dengan mendekatkan diri kepada Allah...

credit 4 the script author of movie Cinta Pertama
i like the above quotes....Cik Za tambah + + +




Monday, 27 February 2012

Travelog Perjalanan Mencari Erti Kasih Sayang

Pada suatu hari, berlaku di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR:Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih yang rumput PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."

****** 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.



CIKGU:Ya itulah jawapannya bagi soalan tadi.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....
Hargai dan jangan persiakan 'rumput yang cantik tu'....

Niat ikhlas~bukan untuk dipermain~

Thanx penulis asal cerita ini =)

Travelog Seorang Pemuda Hehehe~


Ada satu kisah......hujan lebat pulak tu....
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk. 
” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah , ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. "
++++++
Cik Za rasa korang yang baca ni...mesti dah pikir lain kan??? hahhahaha 

Monday, 20 February 2012

''Bergeraklah'' kata Incik Penulis Sahaja ni



Cuba bayangkan. Atau cuba letak kau dalam satu situasi ni. Kau dan dia sudah berpisah hampir setahun. Okay, nak lebih dasyat, hampir lima tahun (untuk menambah perisa). Jadi kau tekanan lain macam semasa dia nak kau jauh darinya. Dalam erti kata lain, dia lafaz dan pilih untuk berpisah. Jadi kau pun hiduplah dalam tekanan. Berbulan-bulan.

Sampai satu masa, kau tersedar. Yang dunia ni masih banyak ruang yang belum kau teroka. Jadi, kau tanam azam baru. Untuk maju. Untuk tinggalkan memori lama. Bagi kau, memori ialah sesuatu yang untuk dikenang ceritanya. Bukan untuk hidup di dalamnya.

Jadi, kau pun ambil langkah untuk memlayari dunia sementara ni. Banyak benda kau berjaya habiskan. Kau senyum. Sampai satu masa, ada seorang insan yang sangat sempurna datang dalam hidup kau. Dia datang, dia luang masa dengan kau. Kau rasa inilah saatnya. Keputusan yang kau ambil dulu untuk kembali hidup, berbaloi. Namun berbaloi kah?

Saat malam, kau selak-selak buku di rak buku, nah! Terjatuh satu keping gambar yang bertarikh beberapa bulan lepas. Di mana dalam gambar itu, kau dan bekas kekasih kau senyum. Sempurna. Gembira. Senyuman terukir secara automatik di bibir. Jantung kemudiannya mengepam dengan tempo yang lebih perlahan. Ahh! Rindunya dia!

Kau mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan perjalanan dengan si dia yang baru singgah. Dengan alasan yang kau rasa paling musibat, kau tak mahu sakiti hati dia. Jadi kau teruskan lagi perjalanan kau. Satu demi satu langkah kau tapakkan. Satu demi satu jiwa singgah. Satu demi satu jiwa kau tinggalkan. Alasannya masih sama, kau tak mahu sakiti hati mereka.

Kau bingung. Apa yang kau mahukan dalam dunia ni sebenarnya. Dah pelbagai jenis manusia datang singgah. Cuba nasib. Ketuk pintu hati. Tapi di mana kau simpan kuncinya?

"Kuncinya ada pada dia. Pergi mintak." Kau jelaskan pada mereka. Sebenar-benarnya, kau hanya menipu dengan diri sendiri. 

Kau sebenarnya takut untuk begerak terus dari mimpi-mimpi kisah lampau kau. Kerana kau takut. Saat kau mula cipta kehidupan baru, nah! Dia datang cari kau. Dia datang kembali. Saat kau tak tunggu. Nah! Jiwa dia, dia bagi kepada kau untuk jaga. Masa tu, kau hanya ada dua pilihan. Kau sakiti dia, atau kau sakiti satu lagi. Jadi, kau takut untuk terima sesiapa kerana kau takut untuk menyakiti.

Walaupun sakit itu, kau pernah rasa berbulan lamanya.

Jadi datang satu jasad menghampiri kau. Kau terkasima. Dia cuit bahu kau. Kau tersentak dari lamunan dan bisik ke telinga kau,

"Dengar sini. Kau dan dia, memang Tuhan dah aturkan untuk bercinta dan mencipta memori. Tapi ingat, mungkin juga Tuhan dah aturkan yang kau, dan dia untuk tidak bersama selamanya. Cinta selamanya kau akan muncul. Jadi berilah peluang. Atau kau kena tunggu lebih lama lagi? Kerana saat dia datang, selisih bahu dengan kau, tapi masih berlagak sombong. Kononnya cuba tidak hidup dalam memori, tapi memori itu menghidupkan kau serupa celaka. Bergeraklah."

Errr, jadi dalam situasi ini, apa kau rasa?


view this blog..best...

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers