Thursday, 24 November 2011

Trip to Sabah (Desa Cattle, Mesilau) live


Assalamualaikum...
This video is about our journey before arrived at Desa Cattle Farm, Mesilau. The view of Mount Kinabalu's peak is not very clear because of the thick fog.

Wednesday, 23 November 2011

Trip to Sabah (Desa Cattle, Mesilau)


Assalamualaikum...

Pada hari kedua (22.10.2011), lebih kurang pukul 3 petang, kami memulakan perjalanan ke Desa Cattle (Ladang Tenusu, Mesilau). Drive carefully, OK!!! Inilah destinasi kami yang seterusnya….
Entrance fees for adult is RM2.00 ke 3 hengget (saya pun dah lupe)
Hhehehe








Desa Cattle memproses susu lembu yang segar. Terbaik dari ladang…slrppp….susu memang segar dan dijual dalam bentuk kotak kecil dan besar. 



Desa Cattle hmm macam New Zealand. Dah la suasana sejuk ada kabus-kabus pulak tu…feeling overseas la….hehehhe…..
Saya dan kawan-kawan bergambar sakan la kat sini walaupun bau nya agak menghambat hidung kitaorang yang chumel2 ni…ahaksss…









Waktu ambik gambar ni takut jugak sebab lembu yang sebelah kanan saya tu tengah sondol-sondol pintu pagar...lembu tu macam nak keluar je...

Rugi tau kalau pergi Sabah..tak singgah kat ladang ni..memang best…kebetulan pada hari kami pergi ke sini, ada ramai pelancong asing dan tempatan. Hujung minggu la katakan...mesti la ramai yang bawak family jalan-jalan tengok lembuuuu….moooo….moooo……kan….

Dari ladang ni, kita juga dapat lihat pemandangan puncak Gunung Kinabalu…sungguh indah ciptaan tuhan. Subhanallah…Subhanallah…open your eyes.. (tapi waktu ni kabus tebal jadi tak berapa nak nampak la lam gambar) 






We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs

We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way

Allah..

You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
(Keratan lirik lagu Maher Zain:Open Your Eyes)



Baiklah kita ke destinasi yang seterusnya…toink toink….<3

Trip to Sabah (Walai Tokou Homestay)

Assalamualaikum...

Sesudah pulang dari Pekan Nabalu, kami singgah makan dahulu di sebuah restoran di pekan Kundasang. Kemudian, kami menuju ke tempat penginapan kami yang pertama adalah terletak di Kundasang. 
View of Kundasang:

Ia dikenali sebagai “Walai Tokou Homestay”. Kami menginap di homestay ini selama 2 hari 1 malam. Pekan Kundasang memang sejuk sangat. Tak perlu guna air-conditioner. Semulajadi bha air-cond. Pagi hingga malam, udaranya memang sejuk. Boleh dikatakan sepanjang saya dan kawan-kawan berada di Kundasang, kami jarang berpeluh. hehehhe…. Homestay ini memang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah water-heater sebab air kat Kundasang sejuk sangat..rasa macam air batu ais je…Suasana sekitar homestay sememangnya mendamaikan..Owner nya pun peramah…Berdekatan dengan homestay ini ada restoran. Jadi, anda semua tak perlu risau soal makanan.




Kalau boleh nanti, honeymoon…saya nak bawa suami saya datang ke Kundasang…wahhhhh!!!!!Incik N, boleh tak??hihi =)

Selain “Walai Tokou Homestay”, terdapat juga beberapa tempat penginapan yang anda boleh diami. Antaranya ialah TM Resort.


Gambar kat atas ni adalah gambar depan TM Resort 

Hmm…bila dah sampai di homestay tersebut..kami makan, kemas barang dan berehat (take a nap before we go to the next destination). 

So, now we go to the next destination =)

Tuesday, 22 November 2011

Trip to Sabah (Pekan Nabalu)

Assalamualaikum

Cerita pasal trip saya ke Sabah tak habis lagi..hehe
Pada hari yang sama (22.Oktober.2011), destinasi seterusnya selepas Jambatan Tamparuli ialah Pekan Nabalu. Di Pekan Nabalu, kami singgah beli ole-ole. Ole-ole seperti T-shirt, keychain, dan lain-lain. Memang murah. Beli banyak boleh dapat murah. Mulut manis-manis sikit dan buat muka comel-comel….insyaAllah hehhehe…auntie dan kakak-kakak kat pekan ni bagi murah…hehehe….







Memandangkan kami dapat beli barangan dengan harga murah….kami bercadang nak beli la sikit cenderahati untuk keluarga, kawan-kawan, dan orang yang *tersayang*…hehhehe…Rambang jugak la mata ni nak memilih cenderahati…semua cantik dan unik…
Kalau la bawak duit berkoyan-koyan, dah lama…saya borong segala macam barangan yang ada…tapi…huhu…kena fikir jugak *JANGAN OVER BUDGET* *KITA MESTI BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA*

Bak kata kawan saya *ITU SEMUA NAFSU* hahahahaha

DALAM SURAH- Al Israa' 59;

“Sesungguhnya pemboros-pemboros (orang yang membazir) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(kalau silap, tolong betulkan saya)


Gambar kat atas ni...adalah antara gamba yang saya suka....terdapat seribu satu makna di sebalik gambar ini...kehidupan seorang ibu tua yang berniaga di Pekan Nabalu...kasihan melihat ibu tua ini...berniaga entah berapa untung dn rugi...apa pun apa yang penting usaha untuk meneruskan hidup mesti ada dan rezeki Allah itu sentiasa ada....dalam masa yang sama ibu tua ini masih mahu mengekalkan dan memperkenalkan warisan tradisional (nama alat muzik tersebut ialah bonang) kepada para pelancong seperti saya....Semasa saya berada di situ, Auntie ni sedang main bonang...hehehe...saya ada hati nak main tapi tak berani...takut nanti pukul kuat sangat...bonang tu pecah hehhehe...Justeru itu, generasi seterusnya haruslah mengekalkan warisan dan jangan lupa pada asal usul anda. Pertahankan seni budaya yang ada untuk tatapan generasi yang akan datang. *Stick to your roots where  you are came from* 

Destinasi seterusnya ialah ….. hhehehe… dalam entry yang akan datang




Trip to Sabah (Jambatan Tamparuli)

Assalamualaikum
 22 Oktober 2011
Trip kami bermula dengan destinasi >>> Jambatan Tamparuli


Tak sah kalau pergi Sabah tapi tak singgah di Jambatan Tamparuli

....SAYANG SAYANG SAYA KINABALU 
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA 
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU 
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU .... (dalam lirik lagu Tinggi-Tinggi Gunung)


Sebelum naik Jambatan Tamparuli...make sure korang tak gayat...or tak ade sakit pening-pening lalat hehhe



Asyik ambil gambar je...bila la nak naik jambatan ni...huhu



Nampak steady je jalan kan?? Tapi dalam hati Tuhan je tau...jambatan ni goyang2 jugak....hehhe... saya gayat sikit....takut jugak kamera terpelanting ke bawah...kat bawah ada sungai.....nice view....







Akhirnya selamat sampai di penghujung jambatan..=)
Ok kita ke destinasi seterusnya...

Monday, 21 November 2011

Trip to Sabah (waiting mode)

22 Oktober 2011

Assalamualaikum
pagi ni kami plan nak breakfast kat McD KKIA.
Sementara menunggu Encik Kamri menjemput kami di KKIA.
Kita mesti isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan yang bakal menyeronokkan dan mungkin meletihkan. hehehe.

Trip to Sabah (flying)

Assalamualaikum
Saya dan rakan-rakan sibuk packing...Akhirnya, hari yang dinanti tiba juga...
Bertolak ke airport pada pukul 4.30 petang...flight pukul 6.25 petang...mesti pergi airport awal-awal sebab airport tu bukannya dekat...
Perasaan pada waktu ni, feel so excited, happy...it can't be explained with words. Only God knows.
Penerbangan mengambil masa 2 jam..




tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) lebih kurang pukul 8 malam. Kalau waktu siang, anda semua akan dapat lihat pemandangan  permukaan laut yang sangat indah sebelum kapal terbang mendarat. Tapi sayang la pulak, kami tiba di KKIA pada waktu malam. 

Anda boleh menginap di mana-mana hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang =) …
 Masih ada perkhidmatan teksi pada waktu ini..




Dalam gambar: Kak Fau, Vina, Nabel, Lis, Ada dan saya
Tiada dalam gambar: Mary

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers