Thursday, 26 April 2012

Perempuan putus asa disebabkan LELAKI ??? ye ke??

Assalamualaikum...Cik Za got something to share with u all...

Terdengar beberapa orang girls yang bercakap tentang PEREMPUAN PUTUS ASA TERHADAP SESUATU PERHUBUNGAN DISEBABKAN OLEH LELAKI ITU ENGGAN BERUSAHA MENGEKALKAN PERHUBUNGAN MEREKA....

Topik yang membuatkan saya terfikir sejenak..hmm kesabaran seseorang ada tahapnya.Tak semua orang sempurna..x semua orang boleh bersabar dalam masa yang begitu lama...dari sisi hati seorang perempuan, perempuan yang betul-betul setia akan tetap setia..menanti dan berusaha mengukuhkan sesuatu perhubungan itu..tak kira cara apa sekalipun..kadang-kadang ada yang menggunakan cara yang salah <kalau boleh elakkan>

Perhubungan yang hampir retak??Perempuan yang betul-betul sayangkan perhubungan itu, she will keep on trying to save the relationship..she will not let the relationship ruin just like that...
Perempuan itu cuba selamatkan dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta..rasa ambil berat...SECUKUP RASA hehhe
Dia terus mencuba..

NAMUN...apabila sampai di satu tahap...perempuan itu sudah tidak berdaya lagi...tenaganya sudah habis...kesabarannya sudah semakin menipis seperti lapisan ozon dunia yang semakin nipis...hati sudah kering kontang...mata dah kemarau..dia akan mengambil keputusan untuk berlalu pergi...SELAMAT TINGGAL AWAK!!Saya sayangkan perhubungan ini...saya tinggalkan awak bukan kerana saya tidak ambil berat TAPI AWAK LANGSUNG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAH KEADAAN..AWAK MASIH BEGITU..SELALU MELUKAKAN HATI SAYA!!

Saya sudah PUTUS ASA DENGAN AWAK!!!


Wahai wanita-wanita di luar sana yang sedang membaca blog ini..ingatlah bahawa ALLAH S.W.T sentiasa ada bersama kita...JANGAN BERPUTUS ASA...ALLAH ALWAYS BE THERE FOR YOU..KUATKAN SEMANGAT KAMU...ALLAH MAHA ADIL..ALLAH TELAH MENGATUR SEGALANYA...MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KAMU...KAMU HARUS REDHA DENGAN KEKECEWAAN ITU, INSYAALLAH KAMU AKAN DIHADIAHKAN DENGAN KEGEMBIRAAN SUATU HARI KELAK...AMIN YA RABBALAMIN

Macam mana dari sisi seorang lelaki???hmm Cik Za buat research dulu ok!!

bye~



Tuesday, 17 April 2012

Memori Tercipta Antara "Aku" dan "Kamu"

Assalamualaikum Cik Za 
Baru ada masa dan idea hari ni...
Kisah 'aku' n 'kamu' terciptanya memori antara mereka berdua..


Pertemuan harapan pertama kalinya...antara 'aku' n 'kamu'
Bergetar dua jiwa yang selama ini tidak pernah bersatu
2 hati berpadu menjadi satu dijalin oleh Allah 
untuk mengikat janji kasih sayang cinta abadi
Bermula pertemuan di sini 


Terciptanya memori di sini
Sukar dipercaya pintu hati si 'aku' terbuka untuk si 'kamu'
Mimpi indah mula membuai rasa cinta antara 'aku dan 'kamu'
Namun, akhirnya 'kamu' berkata kepada 'aku'
pertemuan kita cuma sampai di sini
singgah di hati bukan untuk selamanya
cuma berlalu sahaja

'Aku' sedih pedih perit
Walau seketika terjalin kasih kita
Ya, mungkin di sini kita akan berpisah
Namun kenangan 'aku' sama 'kamu'
tidak akan 'aku' lupakan
Ku ingatinya untuk selama-lamanya
Sama ada yang pahit mahupun manis
'Aku' simpan kenangan itu

Mungkin ini takdir Allah
Allah menentukan segalanya
Allah Maha Adil
Allah Maha Mengetahui
'Aku' percaya semua itu
Semuanya ada hikmah
Terciptalah satu memori nan indah antara 'aku' dan 'kamu
Penantian satu yang tidak pasti
'Aku' tetap menanti 'kamu'

Cik Za harap yang kat luar sana baik lelaki atau wanita
Hargailah orang mencintai anda
Hargailah mereka yang setia pada anda
Mungkin yang di depan mata kamu kini hanya kaca
dan yang kamu lepaskan itu adalah permata yang sebenarnya
Jangan sakiti hati pasangan anda
Jagalah perhubungan itu berlandaskan syariat Islam
JANGAN BERLANDASKAN NAFSU SEMATA-MATA

baca buku 'bibir merayu hati bernafsu'





Friday, 23 March 2012

Travel to Italy

Assalamualaikum hari ni Cik Za nak bawak korang ke Italy pulak...

Ada satu kisah mengatakan terciptanya spaghetti ini apabila terdapat seorang dari rakyat Itali belajar membuat spaghetti dari seorang yang bernama Marco Polo. Marco Polo merupakan seorang musafir yang berasal dari Venesia. Beliau pergi merantau ke negeri China pada tahun 1271 dan mula menetap di sana sehingga beberapa belasan tahun lamanya.

 Semasa beliau dalam perjalanan pulang ke negerinya, sempatlah juga beliau singgah ke beberapa buah negeri di serata sumatera untuk menurunkan segala ilmu yang ada padanya. Sehinggalah Mi Itali tersebut di panggil sebagai Spaghetti dikalangan rakyat Sumatera.

 Namun begitu sebahagian dari masyarakat Italian tidak bersetuju akan kisah tersebut sebaliknya mereka mempercayai bahawa terciptanya spaghetti ini setelah kembalinya Marco Polo pada ½ abad ke tanah airnya kembali.

*Ni version yang Cik Za dengar dan baca...cuba korang search yang lain pulak....hehhehe =) 


BOW TIE PASTA WITH SAUSAGE, TOMATO IN CREAM SAUCE
 
2 tbsp. olive oil
1 lb. sweet Italian sausage, casings remove and crumbled
1/2 tsp. dried red pepper flakes
1/2 c. diced onion
3 garlic cloves, minced
1 (28 oz.) Italian plum tomatoes, drained and coarsely chopped
1 1/2 whipping cream
1/2 tsp. salt
12 oz. bow tie pasta
3 tbsp. minced fresh parsley
Freshly grated Parmesan cheese

Heat oil in a large heavy skillet over medium heat. Add sausage and pepper flakes. Cook until sausage is no longer pink, stirring frequently. Add onion and garlic to skillet and cook until onion is tender and sausage is light brown. Add tomatoes, cream and salt. Simmer until mixture thickens slightly. Cook pasta in a large pot of boiling water until tender. Serve sauce over pasta, garnish with chopped parsley and Parmesan cheese.




Monday, 19 March 2012

s t o p ~ f i t n a h

Ya Allah permudahkanlah urusan 'aku' dan 'kamu'
Jauhkanlah dari fitnah
Jauhkanlah dari mereka2 yang suka melaga-lagakan orang.
Bersihkanlah hati 'aku' dan 'kamu' dari fitnah2 tersebut.
Sesungguhnya orang yang suka berbuat fitnah tersangatlah tipis keagamaannya serta ringan timbangan keimanannya.
"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191




Wahai orang2 yang suka membuat fitnah dan melaga2kan orang...sudah lah...hentikan!!!!





Sunday, 11 March 2012

Travelog Pertemuan ''kamu'' dan ''aku''

Assalamualaikum
Cik Za feel happy for si ''aku'' ..
Semalam si ''aku'' story ngan Cik Za..
Si ''aku dan si ''kamu'' bertemu di satu majlis keramaian.
Ada jodoh jumpa jugak kan..ingatkan  si ''kamu'' tak ada di tempat kejadian...tapi memang patut pun ''kamu'' ada kat situ..
Masuk je tempat tu..si ''aku'' terus nampak si ''kamu''
Tapi si ''aku'' x pergi ke arah ''kamu'' sebaliknya si ''aku'' patah balik n pakai spec supaya tidak dikenali
Alamak..si ''kamu'' sedang berjalan ke satu arah seperti sedang mencari seseorang...Ya Allah ''kamu'' menuju ke arah ''aku''...
Macam mane ''kamu'' tau ''aku'' kat sini? <sedang berfikir>
Suddenly si ''kamu'' dah ada kat sebelah huhu
Jantung si ''aku'' dup dap dup dap...rasa seronok nervous semua ada sekarang ni...
Hmm...''aku'' n ''kamu'' bertemu jugak
Apapun....Cik Za tunggu je ape citer seterusnya dari si ''aku''
ROGER N OUT =)


Cik Za wondering what's happen next between ''aku'' n ''kamu'' ?

Saturday, 3 March 2012

Travelog Perjalanan Cinta Aku dan Kamu 2

Kehilangan si “kamu” amat berat bagi si “aku”. Hampa hidup si “aku” tanpa si “kamu”. Namun, itulah yang perlu dilalui oleh “aku”. Melihat “kamu” dari kejauhan adalah satu kepuasan. Walaupun tidak bersua muka, “aku” masih menjejak “kamu” di laman maya. Kadang-kala orang lain merasakan tindakan si “aku” adalah tidak masuk dek akal. Jika sudah itu maknanya sudahlah. Ya, bak kata orang let bygone be bygone. Tapi “aku” masih hidup dalam kenangan itu. Kadang-kadang “aku” mentertawakan diri “aku” sendiri. KENAPA? Pernahkah “kamu” mengenang “aku”? “Kamu” boleh meneruskan hidup tanpa  “aku”. “Aku” pula dibelenggu dengan nostalgia bersama “kamu”. Tapi itulah hakikat yang perlu ditempuh. Andai memori ini seperti kad memori yang boleh dipadam isinya. Sudah menjadi lumrah alam, pertemuan dan perpisahan terjadi. Soal jodoh adalah sesuatu yang kita tidak boleh paksa. Sesungguhnya sudah tertulis jodoh kita di loh mahfuz bersama siapa. Siapa itu kita tidak tahu. Wallahualam. “Aku” dan “kamu” bertemu dan berpisah atas kehendakNya. Jika benar jodoh “kamu” adalah “aku”, maka sudah tentu suatu hari nanti, “aku” dan “kamu” akan bertemu jua. Jika bukan “aku” bukan jodoh “kamu”, maka Allah tidak akan menyatukan kita. Itu semua adalah kehendaknya.

Maafkan atas kekurangan aku ini...
Aku belum layak untuk mencintai...
Namun jauh sudut hatiku ingin dicintai..
Aku tahan perasaan ini kerana kekecewaan semalam..
Sampai bila aku juga tak pasti..
Yang pastinya,tidak aku buka hatiku melainkan ALLAH hadirkan perasaan cinta pada insan yang juga ALLAH hadirkan perasaan cinta padaku.
Kerana aku mahu mencintai seterusnya menikahinya.
Aku tak mahu hanya sekadar memenuhi perasaan sedangkan itu bukan ketentuan. Kerana aku tahu sakitnya mencintai tetapi dikhianati..
(kata-kata di atas adalah hasil nukilan salah seorang sahabat Cik Za)




Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya

Jika TAKDIR Allah menentukan yang kita BUKAN dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya..jika Allah telah MENULIS jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang TEPAT menurut ilmuNya..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah DIRANCANG dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua ~♥♥~

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers