Monday 28 November 2011

Trip to Sabah (Tagal Sungai Moroli)

Assalamualaikum


Baru tadi balik dari Bukit Dodon….sekarang bersiap…

Ok! Kita mulakan perjalanan ke 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. 


Ada yuran masuk tapi den dah lupo la berapa harganya ha...sebelum masuk, selain bayar yuran dan ambil nombor giliran..anda dikehendaki beli makanan untuk ikan-ikan di kaunter yang telah disediakan..jangan bagi ikan-ikan tu makanan lain pulak…Di tempat ini, ada ‘fish massage’..ikannya besar-besar…geli jugak la…take time nak masukkan kaki ke dalam sungai…kawan-kawan saya  dah syioookkkk letak kaki…saya pulak masih kegelian kat tepi…(bukan saya sorang tau..ada jugak kawan yang lain geli)..hhehe…..lama-lama, datang la keberanian untuk memasukkan kaki ke dalam sungai tu…Ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan betapa geli dan takutnya saya…Cik Za takut la kena gigit ngan ikan-ikan tu….tapi kaki memang ada kesan merah-merah lepas kena ‘massage’ dek ikan-ikan yang jinak tu…



15 minit berlalu, giliran pun dah habis…jadi kami perlu beransur dari tempat tu…kalau nak lagi….tunggu giliran seterusnya dan kena bayar sekali lagi la…hehehhe



Di Kampung Luanti ni juga ada sebuah jambatan gantung…so, sebelum balik…kami naik jambatan tu dulu….
Destinasi seterusnya untuk dituju ialah Poring Hot Springs, Ranau. 

Friday 25 November 2011

Trip to Sabah (mendaki)

Assalamualaikum

Selesai solat subuh Cik Za dan rakan-rakan menunggu Pak Cik Jimmy (owner homestay) di hadapan rumah. Pak Cik Jimmy akan bawa kami bertujuh mendaki Bukit Dodon. Bukit Dodon ini berdekatan dengan homestay dan hanya perlu jalan kaki selama beberapa minit sahaja. Hmm…agak mencabar juga aktiviti pagi ini. Oleh kerana aktiviti pada pagi ini agak lasak, kami perlu menggunakan pakaian yang sesuai…tak dapat la pakai heels, wedges, huhu… nanti terbongkang pulak…tergolek-golek dari atas bukit hahhahahah….=D


Huhu…memang memenatkan tapi I love this activity…wow!!!memang adventure…lasak…. best




Pendakian mengambil lebih kurang satu jam setengah…(lama jugak sebab kami singgah dahulu di sesetengah tempat…ambil gambar dulu….rehat sekejap..baru la teruskan perjalanan).






Dalam masa yang sama, kami sempat merasa embun pagi di Bukit Dodon ni…sangat nyaman…sejuk…memang best!wa cakap lu….tak percaya ka???datang la sini…nanti Pak Cik Jimmy bawa kamu jalan-jalan bha…
Semakin tinggi aras bukit yang kami daki, semakin sejuk la suhunya…sangat sejuk…feeling overseas la kejap…hehehe…



Dari bukit ni, kami dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dan pemandangan matahari terbit pada waktu pagi…..subhanAllah..alam ciptaan Allah…sungguh indah aturan-Nya..kejadian siang dan malam..kejadian matahari dan bulan…kejadian alam/bentuk muka bumi…




Pemandangan dari atas bukit…sangat indah….(berapa kali saya nak mention ni..bosan pulak orang baca)..Whatever la…hehhe…






Allah created the most beautiful things on this world…open our eyes, minds and souls… =)
Wah!Sungguh indahterbit matahari pagi!….romantik la kalau dapat lihat dengan orang tersayang…kalau Cik Za pergi honeymoon…hihihi….Cik Za nak  bawak Incik N pergi sini….Incik N, boleh tak???hheheehe




Selepas mendaki, kami jalan-jalan di kawasan sekitar bukit…ada banyak tempat penginapan di pekan ni…hehhehe….kawasan sekitar bukit ni…aman damai…..then, kami pergi ke pasar menjual sayuran dan buah-buahan di pekan Kundasang. Kami singgah dan sempat jugak la shopping kat situ…beli keropok amplang, kuih cincin, ada lagi yang lain…ada macam-macam hehhehe….sayur dan buah kat sini memang murah…kalau tinggal kat Kundasang ni, memang best la makan sayur dan buah banyak-banyak….sihat beb…! 

















Thanx for Uncle Jimmy for taking most of the picture..its very nice....Cik Za edited the pic(s)....hehhehe

Hmm….perjalanan sangat jauh… jalan kaki jalan kaki jalan kaki ….letih….huhu…. kami singgah di sebuah kedai makan…berehat untuk hilangkan keletihan dan kelaparan yang maksima…hehhe…=)









Pukul 9.00 pagi nanti akan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. Kena balik dan bersiap cepat-cepat…..
Aktiviti pagi ni sangat best walaupun letih…Thanx Uncle Jimmy for the adventurous journey =)
Apepun, stamina dan kecergasan fizikal kami tetap mantoppp…=) steady la kawan-kawan…tak rugi kuar masuk hutan waktu kem unit beruniform…hehehhe….



I like this pic...hehhehe....(mode perasan)

Harapan: Nak bawak Incik N jalan-jalan di Kundasang...hihi =) 









Thursday 24 November 2011

Trip To Sabah (War Memorial Park)

Assalamualaikum...

Kalau tadi kita singgah di Desa Cattle, Mesilau…sekarang  ni pulak kita akan ke War Memorial Park @ Kundasang.


Bagi yuran masuk pulak hanya RM 2.00 untuk rakyat tempatan dan rm 10.00 untuk bukan tempatan. Tempat ini dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang (setiap hari). It is open daily. So u all boleh la bawak family jalan-jalan pergi ke sini untuk mengambil gambar kenangan sambil menimba ilmu pengetahuan baru tentang sejarah memorial ini ditubuhkan. Ia ditubuhkan pada 1962 bersempena  untuk memperingati tawanan perang yang berbangsa Australia dan British (kalau tak silap)(kalau boleh mintak tolong Abang Google untuk cari informasi yang lebih tepat dari laman sesawang Sabah Tourism). Bukan sahaja itu, memorial ini juga ditubuhkan untuk memperingati rakyat Bornoe Utara yang sanggup membahayakan (risked their life) untuk membantu tawanan perang.



Dalam War Memorial Park ni ada empat taman iaitu the Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden and Pool.  Empat taman ini mewakili bangsa yang bebeza. Maknanya, di War Memorial ni bukan setakat untuk memperingati sejarah bangsa tempatan malah juga terdapat sejarah berkenaan bangsa asing. Pemandangan di taman-taman ini cukup indah…Wow!!!I’m very excited taking picture here and there…hehehhe…..Double thumbs up!!!





Antara gambar-gambar yang kami ambil semasa berada di sana...di samping menikmati keindahan War Memorial ni...kami ambil gambar jugak la.... =)
















Tempat ini memang sangat unik, cantik dan seni binanya sangat ideal bagi memperingati “heroes of wars”. Datang la ke sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Para pelajar yang suka subjek sejarah, boleh lah datang ke sini. Memang best..ada banyak informasi menarik…bukan setakat berposing sakan ambil gambar di dalam taman tetapi  dalam masa yang sama, kita dapat menambah ilmu di dada =). Betul tak kawan-kawan???

Mode perasan: Nak ambik gambar pre-wedding kat sini la…hehehe…ala2 Inggeris….boleh tak Incik N?? hehhehehe 





Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers