Wednesday 30 May 2012

Travelog Kisah Pengorbanan Seorang Ayah


Assalamualaikum
Hari ni Cik Za nak share something ngn korang semua.

Kisah yang Cik Za nak share hari ini ialah berkenaan dengan pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya.

Seorang  ayah datang ke sebuah agensi menjual tiket penerbangan. Si ayah tanya salah seorang ‘travel consultant’ di agensi tu, “Saya nak beli tiket belon* dari Bintulu ke KL pergi-balik.”

Travel consultant tu berkata “ Berapa orang yang pergi dan balik tu encik?”
Si ayah “ Dua orang pergi ,saya dan anak saya tapi saya sorang saja yang balik. Berapa semua harga tiket tu?”
Travel consultant: Ok, encik tunggu sebentar ye, saya check harga untuk encik.

Beberapa minit kemudian,

Travel consultant: Harga semua sekali RM 1500 ++.
Si ayah: Mahal jugak harga tu..ermm…

Travel consultant: Saya minta maaf la encik, memang harga mahal..saya pun dah try cari hari yang mana tambang yang paling murah.
Si ayah: Tak apa lah, nak. Duit pak cik cukup ni. Lagipun anak saya ni nak sambung belajar jadi misi*.
Travel consultant: Syukur, baguslah dapat sambung belajar. Jadi ke encik nak beli tiket ni? Kalau jadi, saya nak key in nama dan no.ic encik dan anak termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi. Ada bawa ic encik dan ic anak encik?
Si ayah: Ye, jadi. Ini no.ic pak cik dan anak pak cik. Harga tiket tadi semua sekali RM1500 ++ kan? Nah, ini wang nya pak cik bayar.
Travel consultant: Ok encik. Terima kasih ye tapi sebelum tu, encik semak no.ic pak cik dan anak pak cik dulu.
Si ayah: Semua betul, nak.

Travel consultant: Ok encik, ni tiket encik dan boarding pass sekali…encik simpan elok2 ye…
Si ayah: Baiklah, nak. Pak cik harap anak pak cik tu nanti belajar betul-betul dan ubah kehidupan keluarga kami. Pak Cik ni cuma kerja buruh je, nak. Hidup susah.
Travel consultant: Sabarlah pak cik. Ini semua dugaan tuhan dan semuanya pasti ada hikmah. Dengan izin tuhan, anak pak cik pasti berjaya suatu hari nanti dan bawa perubahan yang baik untuk keluarga dia. Pak cik dah berkorban untuk anak. Anak pak cik pasti akan balas jasa pak cik. Doa dan restu ayah dan ibu yang paling penting untuk anak dia.
Si ayah: Pak cik pun harap begiu. Minta diri dulu ye, nak. Terima kasih banyak-banyak.
Travel consultant: Sama-sama.

*gambar hiasan*insan dalam gambar xda kena mengena ngn cerita*

Hmm … bila baca kisah tadi, mungkin ada yang akan kata…. “Alah…ni perkara biasa” atau “Kesiannya”
Seharusnya anda semua perlu sedar bahawa betapa besar pengorbanan seorang ayah. Mungkin ayah tidak melahirkan, tidak menyusukan tapi pengorbanannya juga tidak kurang hebat. Kalau diimbas kembali kisah tadi, ayahnya cuma seorang buruh tapi sanggup mengumpul duit dan membayar tiket kapal terbang yang agak mahal demi anaknya. Si ayah temankan si anak, hantar anaknya mendaftar..beruntung sungguh si anak tu.

Hari Ibu dah lepas..tak lama lagi Hari Bapa…Cik Za harap semua anak-anak di dunia ni raikanlah ayah anda. Tak kira lah hari apa pun, hari-hari adalah hari bapa dan hari ibu. Kita sebagai anak, seharusnya menghargai ibu dan bapa kita.

Pada sesiapa yang masih ada ayah masih ada ibu, bersyukurlah kerana masih ada yang mendoakan anda dan hargailah mereka. Spend time with them. Make them happy.

*Peluk cium n doa for my mom*
*Al-fatihah for my late-dad*

Kosa kata:
Belon = KAPAL TERBANG
Misi = JURURAWAT

Gambar daripada incik Google

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers