Monday 21 May 2012

Travelog ke Bulan Rejab sebelum Menuju Syaaban dan Ramadhan

Assalamualaikum
Cik Za nak bawak korang mengembara ke bulan Rejab *dah bulan rejab la, korang tau tak?**sempat lagi nak travel..padahal esok tough paper 4 me*

ok2....hmm JOM!!!!


Kalau Cik Za tak silap...bulan rejab ni adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam...*tau tak tahun ni tahun keberapa??? 1433H laaa...korang ni.....ish3*



KELEBIHAN BULAN REJAB


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.


2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.


3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.



4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).


6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu 
neraka.


7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.


8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).


9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.


10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.



11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.


12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


refer to: kelebihan bulan rejab


Dalam link ni KELEBIHAN BULAN REJAB ada doa yang boleh diamalkan dalam bulan Rejab.


Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab iaitu
-Israk Mikraj (27 Rejab)
-Solat lima waktu difardhukan untuk umat Islam (pada malam Israk  
 Mikraj berlaku)
-Perang Tabuk yang berlaku pada tahun  kesembilan hijrah


Harap perkongsian Cik Za adalah untuk kebaikan semua...kalau dalam entri ni ada yang silap sila betulkan dan komen kat bawah ni ye... =)









No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers