Tuesday 22 November 2011

Trip to Sabah (Pekan Nabalu)

Assalamualaikum

Cerita pasal trip saya ke Sabah tak habis lagi..hehe
Pada hari yang sama (22.Oktober.2011), destinasi seterusnya selepas Jambatan Tamparuli ialah Pekan Nabalu. Di Pekan Nabalu, kami singgah beli ole-ole. Ole-ole seperti T-shirt, keychain, dan lain-lain. Memang murah. Beli banyak boleh dapat murah. Mulut manis-manis sikit dan buat muka comel-comel….insyaAllah hehhehe…auntie dan kakak-kakak kat pekan ni bagi murah…hehehe….







Memandangkan kami dapat beli barangan dengan harga murah….kami bercadang nak beli la sikit cenderahati untuk keluarga, kawan-kawan, dan orang yang *tersayang*…hehhehe…Rambang jugak la mata ni nak memilih cenderahati…semua cantik dan unik…
Kalau la bawak duit berkoyan-koyan, dah lama…saya borong segala macam barangan yang ada…tapi…huhu…kena fikir jugak *JANGAN OVER BUDGET* *KITA MESTI BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA*

Bak kata kawan saya *ITU SEMUA NAFSU* hahahahaha

DALAM SURAH- Al Israa' 59;

“Sesungguhnya pemboros-pemboros (orang yang membazir) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(kalau silap, tolong betulkan saya)


Gambar kat atas ni...adalah antara gamba yang saya suka....terdapat seribu satu makna di sebalik gambar ini...kehidupan seorang ibu tua yang berniaga di Pekan Nabalu...kasihan melihat ibu tua ini...berniaga entah berapa untung dn rugi...apa pun apa yang penting usaha untuk meneruskan hidup mesti ada dan rezeki Allah itu sentiasa ada....dalam masa yang sama ibu tua ini masih mahu mengekalkan dan memperkenalkan warisan tradisional (nama alat muzik tersebut ialah bonang) kepada para pelancong seperti saya....Semasa saya berada di situ, Auntie ni sedang main bonang...hehehe...saya ada hati nak main tapi tak berani...takut nanti pukul kuat sangat...bonang tu pecah hehhehe...Justeru itu, generasi seterusnya haruslah mengekalkan warisan dan jangan lupa pada asal usul anda. Pertahankan seni budaya yang ada untuk tatapan generasi yang akan datang. *Stick to your roots where  you are came from* 

Destinasi seterusnya ialah ….. hhehehe… dalam entry yang akan datang




No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers