Sunday 25 December 2011

Help others that in need~

Assalamualaikum ... ari ni Cik Za nak share something ... tadi terbaca satu post kat nuffnang..

Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam ,
dengan kemudahan yang lengkap untuk menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi  yatim piatu atau dari keluarga yang memerlukan menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau dari keluarga yang memerlukan. Rumah ini mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai umurKanak-kanak ini disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Mudah saja misi mereka - memberi yang terbaik kepada anak-anakseperti ibu bapa lain untuk anak-anak merekaTerharunya saya....huhu.....touching dow!!!! sila klik link di bawah ini....untuk lebih lanjut berkenaan maklumat untuk menyalurkan bantuan amal kepada Rumah Aman...


Membelanjakan harta ke jalan Allah S.W.T merupakan salah satu ciri utama mukmin sejati. Fisabilillah~
Marilah kita menginfakkan harta ke jalan yang diredhai Allah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Membantu golongan yang memerlukan dengan ikhlas. 


Dalam Surah Al-Hadid Ayat 7,



Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan infaqkanlah sebagian harta yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan berinfaq, bagi mereka itu ada ganjaran yang besar.


*kalau salah, sila perbetulkan saya..

Jadi, saya berdoa semoga kita semua mendapat kekuatan dan kemampuan untuk mengeluarkan sedekah dan zakat secara tulus iklhas...Sekecil manapun bantuan tetapi penuh keikhlasan adalah cukup untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah S.W.T..InsyaAllah..

Dalam Surah al-Baqarah Ayat 265, 

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."

My vision as future-to-be teacher is for all children especially from poor family to be educated....May be this is the way for me to help those who are in need...InsyaAllah. =)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers