Thursday 12 January 2012

Lets take a ride on our life

Sebut sahaja tahun baru tidak kiralah tahun baru Islam ke tahun baru masihi ke..semua orang akan bertekad menetapkan azam baru masing-masing. Azam baru yang ditetapkan hendaklah mempunyai tujuan yang baik dan tidak menyeleweng. Azam yang hendak dicapai bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan mobiliti sosial dan kualiti hidup kita. Adakah sudah tercapai azam yang terdahulu? Adakah kita pernah muhasabah diri berkenaan dengan azam yang telah kita capai?  Muhasabah kembali diri kita sebelum menetapkan azam yang hendak dicapai.

Seperti yang dikatakan oleh Umar Al-Khattab:
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."

Muhasabah diri adalah lebih baik agar kita menyedari kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri kita. Jika ada kelemahan, kita perbaiki dan perbetulkan. Jika ada kelebihan, kita mantapkan lagi kelebihan yang ada. Bermuhasabah dapat mengelakkan kita daripada mengulangi kesalahan yang sama. Imbas kembali perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di dunia ini. Adakah cukup bekalan kita untuk hari akhirat kelak? Cik Za juga merasakan belum cukup lagi amal untuk dibawa sebagai bekalan. InsyaAllah sama-sama kita mantapkan diri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.. Cik Za berharap agar kita semua memuhasabahkan diri dari semasa ke semasa bagi mempertingkat prestasi dan memperbaiki kelemahan kita. Semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.

Think wise and follow the right path in our life to get bless and pleasure from Allah S.W.T~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers