Monday 20 February 2012

''Bergeraklah'' kata Incik Penulis Sahaja ni



Cuba bayangkan. Atau cuba letak kau dalam satu situasi ni. Kau dan dia sudah berpisah hampir setahun. Okay, nak lebih dasyat, hampir lima tahun (untuk menambah perisa). Jadi kau tekanan lain macam semasa dia nak kau jauh darinya. Dalam erti kata lain, dia lafaz dan pilih untuk berpisah. Jadi kau pun hiduplah dalam tekanan. Berbulan-bulan.

Sampai satu masa, kau tersedar. Yang dunia ni masih banyak ruang yang belum kau teroka. Jadi, kau tanam azam baru. Untuk maju. Untuk tinggalkan memori lama. Bagi kau, memori ialah sesuatu yang untuk dikenang ceritanya. Bukan untuk hidup di dalamnya.

Jadi, kau pun ambil langkah untuk memlayari dunia sementara ni. Banyak benda kau berjaya habiskan. Kau senyum. Sampai satu masa, ada seorang insan yang sangat sempurna datang dalam hidup kau. Dia datang, dia luang masa dengan kau. Kau rasa inilah saatnya. Keputusan yang kau ambil dulu untuk kembali hidup, berbaloi. Namun berbaloi kah?

Saat malam, kau selak-selak buku di rak buku, nah! Terjatuh satu keping gambar yang bertarikh beberapa bulan lepas. Di mana dalam gambar itu, kau dan bekas kekasih kau senyum. Sempurna. Gembira. Senyuman terukir secara automatik di bibir. Jantung kemudiannya mengepam dengan tempo yang lebih perlahan. Ahh! Rindunya dia!

Kau mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan perjalanan dengan si dia yang baru singgah. Dengan alasan yang kau rasa paling musibat, kau tak mahu sakiti hati dia. Jadi kau teruskan lagi perjalanan kau. Satu demi satu langkah kau tapakkan. Satu demi satu jiwa singgah. Satu demi satu jiwa kau tinggalkan. Alasannya masih sama, kau tak mahu sakiti hati mereka.

Kau bingung. Apa yang kau mahukan dalam dunia ni sebenarnya. Dah pelbagai jenis manusia datang singgah. Cuba nasib. Ketuk pintu hati. Tapi di mana kau simpan kuncinya?

"Kuncinya ada pada dia. Pergi mintak." Kau jelaskan pada mereka. Sebenar-benarnya, kau hanya menipu dengan diri sendiri. 

Kau sebenarnya takut untuk begerak terus dari mimpi-mimpi kisah lampau kau. Kerana kau takut. Saat kau mula cipta kehidupan baru, nah! Dia datang cari kau. Dia datang kembali. Saat kau tak tunggu. Nah! Jiwa dia, dia bagi kepada kau untuk jaga. Masa tu, kau hanya ada dua pilihan. Kau sakiti dia, atau kau sakiti satu lagi. Jadi, kau takut untuk terima sesiapa kerana kau takut untuk menyakiti.

Walaupun sakit itu, kau pernah rasa berbulan lamanya.

Jadi datang satu jasad menghampiri kau. Kau terkasima. Dia cuit bahu kau. Kau tersentak dari lamunan dan bisik ke telinga kau,

"Dengar sini. Kau dan dia, memang Tuhan dah aturkan untuk bercinta dan mencipta memori. Tapi ingat, mungkin juga Tuhan dah aturkan yang kau, dan dia untuk tidak bersama selamanya. Cinta selamanya kau akan muncul. Jadi berilah peluang. Atau kau kena tunggu lebih lama lagi? Kerana saat dia datang, selisih bahu dengan kau, tapi masih berlagak sombong. Kononnya cuba tidak hidup dalam memori, tapi memori itu menghidupkan kau serupa celaka. Bergeraklah."

Errr, jadi dalam situasi ini, apa kau rasa?


view this blog..best...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers