Wednesday 13 June 2012

Hari Bahagia Sahabat Saya

Assalamualaikum ari ni Cik Za nak share about one of my best friend's wedding...
Saya tumpang gembira untuk kawan saya tu...kedua-dua pengantin tu sama batch tahun kelahiran saya...1988 hmmm Cik Za bila pulak? *hehe*
Pihak sebelah perempuan Cik Za kenal dan pihak sebelah lelaki pun Cik Za kenal...tapi Cik Za lebih kepada pihak perempuan sebab pengantin perempuan is one of my former classmate since primary school n one of my bestie =) ngeeee~

Jumaat bersamaan 01 Jun 2012 (11 Rejab 1433 H)

Pada hari ini, usai solat zohor saya pergi ke rumah sahabat saya. Hari ini adalah hari pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya. Syukur alhamdulillah sahabat baik saya sudah bertemu dengan seorang jejaka yang dicintainya.

Sementara menunggu rombongan pengantin lelaki, kami bergambar dahulu 
(*haruslah ambik gambar kan...hehe)

Two of my bestie <3



Jurumekap *boleh cari dia di facebook*


Last touch up



Pengantin perempuan menanti dengan penuh debar..yang terlebih debarnya Cik Za 
(*hahahahhahaha tak la...cuma bercanda saja)


Seri seorang pengantin =)


Sepatu si permaisuri raja sehari


Si gadis sempat lagi text si jejaka pilihan hati hehe

Lebih kurang pukul 2:30 petang, rombongan pihak lelaki tiba membawa dulang hantaran (*seingat aku 12 dulang agaknya dari pihak lelaki dan dari pihak perempuan hehe Cik Za lupa nak kira)






*Semua di atas = Antara barang hantaran dari pihak perempuan 


Cincin untuk si suami 
 Cantik kan?

Antara barang hantaran dari pihak lelaki

Terlebih dahulu sesi pertunangan...kedua-dua pihak hmm...mungkin sedang melaksanakan sesi tersebut..Cik Za tak berapa dengar butir percakapan mereka kerana berada agak jauh dari mereka.




Seusai sesi tersebut, seorang ustaz memberi tazkirah kepada kedua-dua pengantin sebelum mereka dinikahkan. Mereka diijabkabulkan oleh seorang ustaz (*Cik Za tak ingat nak tanya nama dia hehe) dan diwalikan oleh bapa sahabat saya sendiri. Alhamdulillah syukur, dengan sekali lafaz sahaja sahabat saya selamat menjadi seorang isteri.

Sabtu bersamaan 02 Jun 2012 (12 Rejab 1433 H)


Majlis hari Sabtu bermula pukul 9 pagi. Pengantin perempuan menanti pengantin lelaki datang menjemputnya ke rumah pihak lelaki..*dedicate this song "yakinlah aku menjemputmu" lalallalalla~ *hmm Incik Ninja suka lagu ni*



Rombongan pihak lelaki tiba pada jam kira-kira 10 pagi. Mereka bersanding di atas pelamin nan indah sebagai raja sehari..



Antara teman rapat yang hadir =)




Hmm x cukup korum ni***


Bermulalah kehidupan sahabat saya dengan gelaran seorang isteri, syukur kerana sahabat saya telah menemui jejaka pilihannya sendiri. Saya juga seakan tidak percaya sahabat saya sudah melangkah ke gerbang perkahwinan. Rasa macam baru semalam meredah hujan lebat dan panas mentari, kami sama-sama berjalan kaki ke sekolah, bercerita, pergi kelas tambahan, bergurau senda, bermain bola jaring, kadang-kadang berbual senyap-senyap semasa kelas matematik Cikgu Rozita..hehe..banyak kenangan lucu, manis, pahit, masam hahha semuanya seperti baru sahaja berlalu...seperti baru sahaja meninggalkan alam persekolahan...

Ya Allah, saya benar-benar bersyukur bagi pihak sahabat baik saya, Cik Za  doakan semoga mereka berdua melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan, kesabaran dan kecekalan, semoga tali perhubungan suami isteri diikat sehingga ke akhir hayat.
*bergenang air mata gembira untuk sahabat saya..Tahniah sahabatku!!! (bermonolog sendirian ketika itu)

*actually, banyak foto nak upload...cukup2 la yang ni...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ see u in da next post 

xoxoxoxoxo

*************







No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers